Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang sebuah pertubuhan berjumlah RM21,000, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh, Abdul Aziz Harun, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/723369/berita/bekas-calon-prn-johor-didakwa-salah-guna-wang-pertubuhan

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Mahkamah #BekasCalonPRN #SalahGunaWang

Transcript
00:00Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Stasiun Johor Bahru pada kami seatas 3 pertuduhan menyalahgunakan wang sebuah pertubuhan berjumlah RM21,000 5 tahun lalu.
00:13Tertuduh Abdul Aziz Harun, 50 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Dato' Ahmad Kamal Arifin Ismail.
00:21Tertuduh yang pernah menjadi calon sebuah parti pada pilihan raya negeri PRN Johor bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Don Tiram pada 2022 didakwa melakukan kesalahan itu ketika memegang jawatan sebagai pengurusi pertubuhan jawatan kuasa pemulihan dadah daerah Johor Bahru.
00:40Bagi pertuduhan pertama, Abdul Aziz didakwa dengan curangnya telah menyalahgunakan wang berjumlah RM2,000 milik jawatan kuasa tersebut pada 9 Oktober 2020 di sebuah bank di Bandar Baru Permasjaya.
00:54Manakala bagi pertuduhan kedua, beliau sekali lagi didakwa atas perbuatan sama membabitkan jumlah RM5,000 pada 29 November 2021 di lokasi yang sama.
01:05Pertuduhan ketiga pula melibatkan penyalahgunaan wang sebanyak RM14,000 pada 31 Desember 2021.
01:14Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut stesen 403 Kanun Keselesaan dan Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 serta sebutan semula kes pada 28 Mei depan.

Recommended