Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Letupan saluran gas: Bekalan elektrik, telekomunikasi dijangka pulih Jumaat ini

Kerajaan Selangor menjangkakan bekalan elektrik dan telekomunikasi di lokasi terjejas akibat kebakaran saluran paip gas, di Putra Heights akan pulih sepenuhnya pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli & Hisyamuddin Ayub.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, insiden ini telah memasuki hari kelapan pada Selasa.

Katanya, kerja penyelarasan isu ini dibuat bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan secepat mungkin di seluruh lokasi terlibat dalam insiden berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721697/berita/semasa/letupan-saluran-gas-bekalan-elektrik-telekomunikasi-dijangka-pulih-jumaat-ini

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebakaransalurangas #putraheights

Recommended