• 2 days ago
Roda Panas bersama Maskulin baru-baru ini telah menjayakan satu acara yang julung kali dianjurkan iaitu Jelajah Ramadan yang disokong bersama Syarikat Pengeluar Makanan Terunggul Jalen dengan diiringi oleh ‘Geng Tayar Besar’ yang lebih dikenali sebagai Abah Derhaka Motorsport(ADM).

Konvoi motosikal yang bermula di Sekolah Kebangsaan Presint 11(2) ini berakhir di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sebelum semua peserta dan kakitangan mengagihkan pek makanan juadah berbuka puasa kepada pengunjung di sekitar dataran.

Semoga usaha murni ini dapat diterapkan pada masa hadapan di lain waktu dan acara.

#rodapanas #maskulinmag #jalen #abahderhakamotorsport #jelajahramadan

Recommended