Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata, walaupun ekuiti Malaysia mencatatkan pembetulan mendadak disebabkan pelbagai faktor yang tidak berkaitan, mereka menjangka cabaran luaran termasuk risiko tarif import Amerika Syarikat (AS), konflik Rusia-Ukraine dan kebimbangan mengenai momentum ekonomi China akan berkurangan secara berperingkat, membantu menstabilkan aliran keluar ekuiti asing.
Category
🗞
News