• yesterday
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 3.13 petang setelah selesai memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dirinya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.

Ahli Parlimen Bera itu meluangkan masa lebih lima jam untuk disoal siasat dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat SPRM.

Menurut sumber, bekas Perdana Menteri kesembilan itu dijangka akan hadir lagi ke SPRM Putrajaya pada Jumaat bagi menyambung rakaman percakapan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717489/berita/semasa/ismail-sabri-selesai-beri-keterangan-akan-hadir-lagi-esok

#SinarHarian #60saat #SPRM #IsmailSabri #Putrajaya

Recommended