• 22 hours ago
Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak pernah malu bergelar 'tok nyadat' nira atau tuak walaupun ada yang memandang sinis terhadap pekerjaan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Mana tidaknya, kerja itu dilihat 'lekeh' malah tidak setaraf dengan kelulusan anak muda tersebut.

Bagaimanapun, Muhamad Badrul Amin Hassan, 27, dari Kampung Darang Buaya di Pasir Puteh bangga apabila pekerjaan itu memberikan pendapatan lumayan sehingga dia tidak menang tangan memenuhi permintaan terutama pada bulan Ramadan.

Muzik: Bensound 'Creative Minds'

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kelantan #nira #pengusahanira #toknyadatnira

Recommended