• 2 days ago
Suspek kes bunuh Nurshamira didakwa

Suspek kes bunuh peniaga makanan, Nurshamira Zainal, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis atas tuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'min Nik Min.

Tertuduh, Zalzul Kamar Abdul Ghani, 53 mengaku faham pertuduhan dikemukakan pihak pendakwaan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dalam prosiding itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715020/berita/semasa/suspek-kes-bunuh-nurshamira-didakwa

#SinarHarian #BeritaSemasa #KesbunuhNurshamira #mahkamah #Kuantan

Recommended