Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2/14/2025
RICO RINALDI PERKENAL KOLEKSI SUMMERAYA RTW 2025

PEREKA fesyen terkenal, Rico Rinaldi tampil dengan baju kurung moden, kebaya, dan kebarung dengan konsep tradisional-moden untuk koleksi Summeraya RTW 2025.

Turut ditampilkan koleksi beg tangan raya dengan enam rekaan eksklusif.

Rona beg seperti teh tarik, cappuccino, coklat, dan kopi putih inspirasi minuman Richiamo yang merupakan rakan kolaborasi untuk tahun ini.

Selain Richiamo, Rico turut bekerjasama dengan Objet untuk memperkenalkan set pinggan mangkuk
lengkap, alas meja, kain meja, dan aksesori meja lain.
Koleksi ini diinspirasikan oleh warna dan motif bunga koleksi Summeraya RTW 2025, membolehkan peminat menggabungkan fesyen dengan hiasan rumah untuk sambutan Syawal kali ini.

Buat pertama kali juga, Rico perkenal saiz hingga 3XL. Malah, beliau memilih untuk mengekalkan harga koleksinya antara RM259 hingga RM349 namun kualiti tetap diutamakan

Acara fesyen tersebut dihoskan pengacara Dayah Bakar. Selain itu, tetamu turut dihiburkan oleh penyanyi Aisha Retno.

#ricorinaldi #ricosummeraya2025 #summeraya2025 #fesyenraya #SinarPlus #lifestylesinarharian

Muzik: LNDO Vacation Mode Instrumental daripada Soundstripe.com

Recommended