• 2 days ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberitahu Parlimen, Kerajaan ambil maklum aduan daripada orang ramai yang terjejas akibat daripada kacau ganggu aktiviti penjaja terutamanya penjaja tanpa lesen.

Jelasnya, DBKL akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan garis panduan dan kesejahteraan awam tetap terjaga.

Tambahnya, peniaga yang masih beroperasi di bahu jalan dan kaki lima perlu dipindahkan melalui Program Lestari Niaga kerana tidak semua kawasan di Kuala Lumpur sesuai untuk aktiviti perniagaan.

Recommended