• last week
There are no hidden charges in the weekly retail price of RON97 petrol and diesel set by the government, says Deputy Finance Minister Lim Hui Ying.

She told the Dewan Rakyat on Monday (Dec 2) that the weekly pricing for these fuels is determined through a managed-float mechanism.

Read more at https://tinyurl.com/y5ae7uwx

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Sehingga 31 Oktober 2024, lebih 140 ribu penerima budi individu dan 65 ribu penerima budi agri-commodity
00:12telah diluluskan dalam tempoh lima bulan pelaksanaan sejak June 2024 dengan jumlah bayaran sebanyak Rp160 juta.
00:23Selaras dengan penyasaran semudah subsidi diesel, kerajaan telah mengapungkan harga diesel tanpa subsidi di PAM
00:30bagi minggu pertama bermula 10 June 2024 kepada Rp3.35 selita berbanding Rp2.15 selita melalui kaedah apungan harga secara terkawal.
00:44Sehingga kini, kerajaan telah menurunkan harga diesel tanpa subsidi sebanyak Rp0.40 selita menjadikan harga apungan semasa kini pada kadar Rp2.95 selita.
00:57Berdasarkan data awal, penyasaran subsidi diesel setakat ini menjana penjimatan sekitar Rp600 juta sebulan.
01:09Penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain
01:19yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesehatan dan pendidikan antaranya seperti jalan hospital dan sekolah.
01:40Ada beberapa pihak yang bukan anak-anak kecil dan hujah mereka di media sosial ini sangat mempengaruhi rakyat sekiranya kerajaan tidak memberikan penjelasan yang jelas.
01:56Termasuk juga isu pengusaha stesen minyak juga mengadukan persoalan ini pada saya, yaitu mengikut formula APM, Automatic Pricing Mechanism.
02:08Kerajaan masih mengutip cukai tersembunyi bagi diesel dan juga RON 97.
02:13Maksudnya di sini kerajaan masih mengambil cukai tersembunyi bagi diesel dan RON ini, yang mana harga yang dijual di stesen minyak dijual lebih tinggi daripada harga pasaran.
02:22Jadi kalau kita tengok kerajaan dah buat penjimatan dari sudut penyasaran subsidi diesel, kemudian diesel dijual juga ada cas cukai yang tersembunyi.
02:34Jadi dua kali nampaknya beban ini ditanggung oleh rakyat.
02:38Jadi saya ingin menjelaskan tuntas daripada yang berhormat kepada Menteri,
02:42karena saya merasakan pihak kerajaan sajalah yang boleh memberikan penjelasan tentang isu ini dan memberikan penerangan yang sebenar kepada rakyat.
02:50Dan soalan yang kedua mungkin boleh tambah sikit, di Sabah-Sarawak tidak ada penyasaran subsidi.
02:57Jadi berapa subsidi yang ditanggung oleh kerajaan terhadap Sabah dan Sarawak?
03:02Dan apa strategi untuk mengelakkan penyeludupan berlaku di Sabah dan juga Sarawak?
03:08Terima kasih, Tuan Sidi Enda Pertua.
03:17Memang bagi Sabah-Sarawak, pada ketika ini kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak,
03:25memandangkan sebahagian besar mod pengangkutan untuk menjalankan aktiviti ekonomi serta program dan projek pembangunan di kedua-dua negeri ini menggunakan bahan api diesel.
03:37Tambahan pula keadaan geografi di situ mengehadkan keboleh laksanakan mekanisme flikat yang memerlukan kemudahan dan infrastruktur yang lebih sesuai, terutamanya di kawasan pendalaman.
03:50Walaubagaimanapun, kita masih dalam peringkat kajian untuk memastikan. Kita akan laksanakan mungkin pada masa depan, tetapi kita perlu lebih masa untuk mengkaji.
04:05Berkenaan dengan APM, untuk maklumat yang berhormat, tiada charge tersembunyi seperti yang ditanya oleh yang berhormat tadi.
04:22Selaras dengan pelaksanaan subsidi diesel mulai 10 Jun tahun ini, penetapan harga runcit diesel secara mingguan dilaksanakan melalui kaedah apungan terkawal, yaitu managed flow.
04:40Dan kita memang monitor dengan rapi sekali tentang harga diesel dan kita pastikan harga diesel yang diputuskan oleh kerajaan memang menikut the standard.
04:55Banyak soalan tambahan tidak dijawab pada pagi ini, bolehkah saya kemukakan soalan tambahan ketiga?
05:06Di bawah peraturan 24.3 saya boleh benarkan. Sila, Yang Berhormat.
05:11Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
05:19Memang kita tidak nafikan bahwa penerbangan kepercayaan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian untuk mengatasi kelemahan yang masih lagi terdapat dalam pelaksanaan subsidi diesel ini, dan apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh pihak Kementerian untuk mengatasinya?
05:44Terima kasih.
05:46Sila, Yang Berhormat Menteri.
05:48Tidak nafikan, bila kita melaksanakan sesuatu yang baru, kita akan memantau dari masa ke semasa, memang ada kelemahan, kita memang masih dalam libat urus dengan semua industri atau stakeholder yang berkaitan, jika ada terdapat apa-apa yang kita boleh memperbaiki atau menambahbaikan lagi, kita tentu akan melakukan.
06:11Tapi buat sementara kita masih dalam, sebab dari June sehingga sekarang, lebih kurang-kurang daripada enam bulan, jadi kita akan terus memantau pelancaran diesel subsidi sasaran ini, dan kami akan terus membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

Recommended