• 9 years ago
Sinopsis 5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi sentiasa malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan 'isterinya' sama-sama mengorat wanita lain, 'hubungan' mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh - berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Zia